Kamis, 20 Januari 2011

'saya dah berpunya' (istilah yg cukup bahaya!)

Ramai kaum wanita sering dipermainkan oleh sebahagian orang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Mana tidaknya, orang lelaki ni ayat-ayat dia hebat-hebat, romantik & power. Baru tegur sikit kononnya pakaian si awek tu cantik , habis terus si awek tu cair, terus melekat kat mamat tu, siap bagi nombor phone, kenal pun tidak lagi..

Kerap kali kita akan mendengar sebahagian orang wanita yang telah mempunyai teman lelaki akan mendakwa diri mereka 'aku dah berpunya', khususnya di laman sosial seperti di myspace & facebook. Dakwaan lain mereka seperti 'im not single, dah berpunya dah', atau; 'saya kepunyaan si fulan (nama lelaki dia)'. Tujuan dakwaan ini tidak lain hanya untuk mengelakkan diri dari diganggu lelaki yg bukan empunya.

www.iqbalbodak.com


Bagi saya, pengakuan sebegini amatlah tidak releven dan kelihatan agak berbahaya kerana dakwaan ini mempunyai maksud yang tersirat. Kalaulah si teman lelaki itu seorang yang bijak, pasti dakwaan tersebut akan dimanipulasinya. Sebagai contoh, kalau anda katakan anda empunya si fulan, maka ianya seperti anda memaksudkan anda mempunyai sebuah kereta dan kereta tersebut adalah kepunyaan anda, maka anda boleh lakukan apa sahaja dengan kereta anda, nak ubah suai ke, nak rosakkan ke, nak tambah apa-apa ke, itu anda punya pasallah, sebab kereta ini kepunyaan anda!. Begitulah juga dakwaan kepunyaan si fulan. Janganlah marah kalau teman lelaki anda bermain kayu tiga, cabul atau merosakkan anda, sebab anda sendiri yang 'claim' anda kepunyaan dia (teman lelaki). Jadi si lelaki itu berhak melakukan apa sahaja ke atas anda. Bayangkan kalau ada lelaki yang hebat dalam berkata-kata. Habis, si awek tak tahu nak kata apa, terkelu lidah. Menyesal pun dah tak guna. Diri dah rosak.

Bagi yang sudah bernikah @ bersuami, mungkin dakwaan ini tidaklah menjadi suatu masalah. Wallahualam.

www.iqbalbodak.com

"Saya lebih gembira menjadi kepunyaan Allah. Saya diciptakan oleh Allah, maka dia berhak lakukan apa sahaja ke atas saya. Dan saya berasa selamat menjadi kepunyaannya." Anda bagaimana?. Anda selamat menjadi kepunyaan teman lelaki anda?

Ini sekadar pendapat saya, tujuan saya menulis hal ini tidak lain kerana sabda Rasulullah sallahu alaihi wasaallam

"tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama muslim sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.."

*mungkin ada yang kata, alaa mamat ni, istilah2 ni pun nak kecoh, orang kata kepunyaan si fulan pun sebab nak bagitahu kat orang laki supaya jangan kacau aku! aku dah ada bf!...ok no problem..tapi hati2la, saje2 pun boleh bawak padah. Hal yang dianggap kecil, tetapi pada hakikatnya ianya adalah sebuah virus yang begitu hebat.Terpulanglah pada individu untuk menilaian hal ini...Maaflah kalau ada yang terasa ok.

Disediakan oleh: Muhammad Iqbal

Tidak ada komentar: